top of page

PERTAMA KALI MENULIS...

  • Isma Nazom Abdul Hamid
  • Sep 19, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog masa kini....

Nama saya adalah Isma Nazom Bin Abdul Hamid. Telah menetap di Temerloh lebih separuh dari usia saya. Saya merupakan seorang berketurunan Melayu Islam Pahang. Emak dan bapa saya serta datuk nenek saya dilahirkan dan tinggal di Pahang sejak lahir. Kini hanya ibu saya sahaja yang masih ada manakala datuk, nenek dan ayah saya telah lama kembali kepada tanah..... Keturunan datuk sebelah bapa saya merupakan kacukan melayu bercampur cina, manakala di sebelah ibu saya merupakan kacukan melayu dan arab. Kalau dicampurkan mungkin saya ini menjadikan keturunan Melacinar..


Melihat pada nama saya, mungkin ciri melayunya kurang dan lebih condong kepada Arab. Menurut kata ibu saya, bapa saya yang mereka nama tersebut setelah berfikir selama 3 hari. Nama saya agak unit dan pelik (carian di internet mendapati tiada nama orang lain yang serupa dengan nama tersebut).


Saya bukanlah seorang penulis yang baik, akan tetapi akan cuba untuk menulis dengan gaya bahasa yang mudah supaya dapat difahami oleh semua orang. Sayugia diingatkan bahawa saya mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. Saya juga mampu bertutur dalam Bahasa Tamil. Niat untuk menulis di dalam blog ini mula bercambah pada tahun 2007, akan tetapi pelbagai kekangan menyebabkan usaha ini terbantut dan akhirnya hasrat itu kini saya mampu juga tunaikan.


Saya memilih blog untuk mengusulkan buah fikiran kerana hidup yang berprofil rendah. Oleh kerana hidup sederhana dan tidak vokal serta kurang bercakap maka suara saya tidak dapat didengari oleh orang ramai. Media juga tidak mengenali saya. Setelah lama menjeruk rasa, tibalah masa saya menulis di blog untuk menyampaikan dan menyuarakan pendapat saya yang mungkin agak janggal dan berbeza dari sebahagian orang Melayu Malaysia. Blog juga dipilih kerana untuk menulis disini tidak memerlukan permit, bahasa santai boleh digunakan, percetakan tidak ditagih, tidak ada jangka masa tertentu dan sesiapa pun boleh mendapat akses percuma terhadap tulisan ini..


 
 
 

Comments


bottom of page