SIAPA ULAMAK SEBENARNYA
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Oct 14, 2017
- 1 min read
1. Apa makna perkataan ulamak? Asal usul dari Bahasa Arab tu. Kita mencedok lebih 7000 perkataan dari Bahasa Arab dan di melayukan. Kata dasarnya alim = sangat mengetahui (bukan Maha Mengetahui).
2. Sebut ulamak akan terbayang di mata kita orang-orang yang mendapat pendidikan tentang Islam di peringkat Universiti dalam atau luar Negara. Penampilan mereka biasanya boleh dilihat dengan cara mereka berpakaian dan berbahasa (terutamanya Arab). Orang Melayu Islam sangat-sangat menghormati golongan ini dan selalu akur dengan apa yang dibawa oleh mereka.
3. Akan tetapi itukah sahaja ulamak? Ada Sarjana Muda dalam apa-apa bidang Islam sahajakah ulamak?
4. Ulamak zaman dahulu seperti Al-Kindi, Ar Razi atau Ibnu Sina mempunyai ilmu sains yang sangat tinggi. Kalau tak percaya carilah maklumat tersebut di Perpustakaan atau internet.
5. Doktor, jurutera, guru pelbagai bidang, arkitek dan ramai lagi nak kira macam mana? Ulamak ke bukan?
6. Akhirnya kita menerima secara tidak sedar bahawa ulamak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Kita menutup pintu untuk berbincang bahawa siapa ulamak sebenarnya satu perkara yang sangat luas untuk dibincangkan.
7. Ada juga kecenderungan golongan tertentu agar makna ulamak ini terus kekal seperti sediada kerana sebab-sebab dan kepentingan tertentu.
8. Kita belum mati, oleh itu jangan mati akal untuk berfikir dengan cara yang lebih terbuka dari pelbagai sudut. Orang-orang Temerloh memang orang-orang yang pandai lagi bijaksana juga bijaksini serta bijak merata-rata.
Comments