WAKIL RAKYAT IMPIAN ORANG TEMERLOH
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Oct 14, 2017
- 2 min read
1. Anda cubalah pergi cuba berjumpa dengan mana-mana wakil rakyat dari mana-mana parti di Temerloh. Pergilah ke pejabat diorang. Biasanya Cuma hari Jumaat sahaja dapat jumpa. Yalah mereka sibuk!
2. Nak jumpa YB kena isi nama, no. kad pengenalan, alamat dan pusat daerah mengundi. Kena ambik nombor giliran. Ada yang kena tunggu sampai 3 jam. Nasib badan….
3. Mereka cuma senang nak jumpa masa nak mengundi. Bila dah menang mereka dah sibuk dengan pelbagai hal. Takpelah.
4. Bila kita mengundi mereka, kita fikir akan mudah jumpa bukan sahaja nak mengadu masalah tapi nak bagi idea, saranan, pendapat, cadangan dan andaian. Akan tetapi bila dah ramai orang nak berjumpa semua kesempatan nak bagi idea tadi hilang begitu sahaja. Saluran untuk bagi pendapat secara bersemuka nampaknya tiada. Mereka kena wujudkan saluran sebegini secara online kot.
5. Kita impikan YB boleh ngeteh santai bersama-sama kita, rupanya itu hanya angan-angan. Hanya yang rapat di sekeliling mereka sahaja yang berkesempatan berbuat begitu. Meloponglah pengundi biasa walaupun dah mengundi sejak tahun 1955 lagi.
6. Kalau yang dah jadi EXCO atau Menteri atau Timbalan Menteri lagilah sibuk. Silap-silap dalam masa 5 tahun selepas bersalam pertama kali ketika nak mengundi terus tak berkesempatan bersalam kali kedua.
7. Rakyat marhaen biasa ni ada juga yang ada pendapat bernas tapi kekangan-kekangan di atas menenggelamkan impian tersebut. Bukan semua pengundi nak adu masalah itu ini, ramai YB terlepas pandang mereka ini ada banyak input berguna untuk orang ramai.
8. Habis tu orang Temerloh nak YB yang goner weh? Yang senang jumpa tanpa prejudis parti atau tidak berparti sebab bila dah menang anda YB untuk semua orang. Tolong bukan sebab nak undi pilihanraya akan datang tapi tolong ikhlas seikhlas-ikhlasnya.
9. Saluran interaktif online bilamana YB sibuk tak dapat bersemuka. Tapi aduan kena layanlah bukan simpan dalam laptop je.
10. YB memang akan mengutamakan orang membuatkan mereka menang undi dulu. Itu memang adatlah. Tapi orang biasa tolong ingat juga. Orang Temerloh ramai yang cerdik pandai juga.
11. Ada ke YB nak dengar saranan begini? Wujud lagikah spesis YB yang sudi bersua muka walaupun tiada pilihanraya. Kalau ada tolong tunjukkan di mana lokasinya.
Comments