POLITIK DI MALAYSIA
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 19, 2017
- 2 min read
Apabila disebut politik maka terbayanglah oleh kita tentang parti politik, kerajaan, pembangkang, parlimen, dewan undangan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Sebenarnya politik mencakupi lebih dari itu. Segala-galanya adalah politik dan politik adalah segala-galanya....Contoh paling mudah ialah membelanja anak makan aiskrim adalah politik. Orang selalu kata Raja atau Sultan tidak termasuk dalam politik. Hakikatnya Raja atau Sultan adalah sebahagian dari politik. Politik itu adalah membuat sesuatu bagi mendapatkan sesuatu....nanti marah pulak bijak pandai sosiologi dan antropologi.
Oleh kerana maksud politik di kalangan orang Malaysia ialah tentang perebutan kuasa bagi mentadbir Negara atau Negeri, saya ingin menulis beberapa kejanggalan atau keluarbiasaan amalan dan kepercayaan tentang politik. Mula-mula cerita tentang siapa itu Kerajaan? Siapa itu rakyat? Kalau difikir dan dikaji betul-betul kerajaan itu adalah rakyat dan rakyat itu adalah kerajaan. Nampak macam mengarut kan tetapi itulah cerita sebenarnya. Rakyat memilih wakil untuk mentadbir Negara / Negeri yang dinamakan Kerajaan. Jadi kerajaan adalah rakyat. Bila menyebut tentang wakil ianya bermaksud wakil rakyat. Wakil Rakyat ini sebenarnya rakyat (iaitu kita semua) yang membayar gajinya tetapi melalui cara tidak langsung. Akan tetapi majoriti orang kita kagum terhadap wakil rakyat. Merekalah tempat mengadu segala masalah dari yang kecil hingga yang terbesar.
Kalau jalan berlubang....silalah berjumpa JKR, longkang tersumbat jumpalah Majlis Perbandaran, semak samun terbiar telefonlah SW Corporation, pembetungan rosak carilah IWK...Kenapa Wakil Rakyat yang dicari?! Itu bukan kerja mereka...Kerja mereka nun di Dewan Undangan Negeri / Negara / Rakya menjadi wakil kita bagi menyuarakan hasrat kita merangka undang-undang, membuat dasar-dasar Negara / Negeri. Apabila orang pergi mengadu hal yang bukan urusan mereka, mereka kena pergi juga melawat jalan berlubang dan sebagainya kerana hendak jaga UNDI. Kalau mereka tidak bertindak mereka dicop sebagai wakil rakyat tak berguna...
Proses di atas berlarutan sejak Merdeka dan mungkin akan terus begitu. Wakil rakyat akan terus menerus mencari jalan mengekalkan majoriti undi bagi mengekalkan kuasa. Tugas hakiki wakil rakyat dikompromi kerana menjaga undi lebih penting dari menjadi wakil rakyat menggubal undang-undang, dasar kerajaan, merangka masa depan Negara / Negeri. UNDI adalah segala-galanya....
Comments