SIFAT-SIFAT LAZIM ORANG MELAYU MALAYSIA
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 19, 2017
- 2 min read
Berdasarkan kajian melalui pembacaan dan pengamatan peribadi terdapat beberapa ciri lazim orang melayu Malaysia. Fakta yang ditulis bukan bertujuan ilmiah tetapi sekadar ingin menunjukkan sifat-sifat orang melayu Malaysia yang agak tipikal :-
a) Sebati dan cenderung dengan agama Islam orang melayu Malaysia sangat sensitif dengan agama Islam. Contohnya seseorang itu tidak kuat mengamalkan ajaran islam akan rasa jijik dari melayu kepada babi hinggakan menyumpah seranah musuh pun dengan perkataan babi. Saya nak ingatkan bahawa permulaan perkataan melayu cuma hanya ada lima iaitu kayu, besi, batu, padi dan babi. Ada juga pengaruh arab yang cuba mengajak menukar babi kepada khinzir. Tak mengapalah kerana dalam Bahasa Melayu ada banyak perkataan cedokan (bukan pinjaman sebab kalau pinjam kena pulang balik tapi kita ambil terus). Orang melayu juga sangat sensitif kalau dipanggil kafir. Isu kafir mengkafir ini banyak berlaku pada tahun 1980an.
b) Walaupun orang melayu sudah lama memeluk Islam sejak zaman kesultanan Melaka lagi, majoriti orang melayu bukannya faham sangat tentang islam. Kebanyakkan hanya islam keturunan yang mengamalkan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Oleh yang demikian mereka sangat mudah keliru dan mudah tertipu oleh orang-orang berkepentingan. Orang-orang yang berpendidikan agama di peringkat tinggi (universiti / maktab / pondok) amat dipandang tinggi oleh komuniti melayu walaupun kadangkala pendapat mereka itu ada terdapat hujah dari kepentingan individu dan kumpulan tertentu.
c) "Biar mati anak jangan mati adat"? Kalau anak dah mati siapa yang nak sambung adat?! Adat istiadat melayu yang pelbagai bahkan ada yang jadikan undang-undang amat rapat dan sinonim dengan orang kita. Pada dasarnya mereka amat mengutamakan adat istiadat. Lihatlah bagaimana istiadat pertabalan Raja, Pemakaman Raja atau agenda / acara yang berkaitan. Ianya menjadi tajuk besar media. Ada orang yang sanggup duduk dihadapan televisyen berjam-jam untuk menonton acara tersebut. Lihatlah majlis kenduri kendara (banyak jenis kenduri seperti lenggang perut, kelahiran, cukur jambul, jejak tanaj, berkhatan, masuk universiti, perkahwinan dan kematian). Kesemua ini amat dipatuhi oleh orang kita.
Saya akan mengulas lebih lanjut perkara ini di masa yang lain.....




pandai2 ja menulis sifat melayu macam ni. nak tanya, awak ni melayu ka bukan? setakat mana awk mengkaji pasal melayu, kalau sekadar menyatakan pendapat yang tidak puas hati baik simpan shaja jangan menulis. yang ditulis akan dirujuk oleh adik2 universiti. kalau dah muak dengan bangsa melayu lebih baik berdiam diri. jangan menunjukkan kebodohan