KALAU TIADA PARTI....
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 20, 2017
- 1 min read
Parti merupakan alat untuk mendapat kuasa. Selalu orang sebut kepentingan parti diutamakan. Pada akhirnya kepentingan personal juga akan diutamakan. Itu lumrah manusia.
Seringkali orang tidak berparti dipanggil orang di atas pagar. Ini sebenarnya terjemahan dari peribahasa Inggeris 'sitting on the fence'. Secara fizikal mana logik manusia duduk atas pagar, tambahan pula yang berduri. Kalau pencuri pun tidak duduk atas pagar, dia cuma panjat pagar untuk melepasi sesuatu kawasan yang hendak dimasukki.
Pengundi atas pagar ini kerap kali menentukan kemenangan sesebuah parti di dalam pilihanraya. Jikalau hendak diharapkan ahli parti sahaja, mana mungkin sesebuah parti mampu menang kerana bilangan mereka tidak seramai pengundi di luar parti mereka.
Golongan tidak berparti ini mempunyai pelbagai sebab tidak menjadi ahli parti. Mereka ini bagi saya bukan duduk di atas pagar tetapi BEBAS melusuri setiap penjuru bumi. Mereka BEBAS untuk memilih parti. Mereka BEBAS memilih isu yang sesuai dengan mereka. Mereka tidak terikat dengan peraturan organisasi. Mereka tidak perlu mengangguk atau menggeleng kepala kepada mana-mana arahan pemimpin atasan parti atau kerajaan. Mereka BEBAS mempunyai pendapat (dan pendapatan) sendiri.
Lazimnya orang yang berparti akan mengecop mereka sebagai orang yang tidak berpendirian. Mana mungkin begitu!! Orang BEBAS lah yang mempunyai pendirian tetap kerana boleh mengikut arus atau menongkah arus mau pun badai gelora besar!! Mereka tidak berparti kerana yakin dunia ini BEBAS untuk mereka.
Maka perlukah kita berparti jika BEBAS menjadikan pilihan yang lebih bijak??
Comments