RCI : Apa Kesudahannya???
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 20, 2017
- 2 min read
RCI matlamatnya adalah ditubuhkan untuk menyiasat segala aspek kesalahan, kecuaian, pecah amanah, salah laku, rasuah atau apa-apa punca sesuatu perkara buruk yang telah terjadi di dalam Negara. Entah berapa kali RCI telah ditubuhkan dan entah berapa juta wang telah habis dibelanjakan untuk tugas RCI. Terbaharu RCI menyiasat kerugian dagangan mata wang asing tahun 80an hingga 90an. Ia telah tamat bersidang sedangkan keputusannya akan diketahui kelak.
Akan tetapi RCI kali ini nampaknya telah digunakan sebagai senjata politik bagi menumbangkan musuh. Perkara dah lama berlaku kenapa dia ditimbulkan semula?? Salah satu sebab ialah untuk membalas serangan pembangkang yang menyerang kerajaan menguruskan isu skandal 1MDB. Kalau PM sekarang telah kalah pilihanraya atau bersara, maka kita mungkin akan tengok satu lagi RCI akan ditubuhkan iaitu RCI 1MDB. Kerajaan sekarang tidak akan buat RCI 1MDB..Duit buat RCI ni datang dari poket siapa agaknya? Duit kita semualah!!! Tapi secara kita tidak sedari melalui pelbagai cukai dan kutipan dana dari pelbagai sumber dalam negeri.
Orang biasa tak faham pun atau tak ambil kisah pasal isu RCI. Tak kiralah orang kampung ke orang bandar. Yang lebih penting tekak nak diisi. Kena bekerja menyara keluarga. Lantas perkara ini cuma dibaca dan dikuburkan tanpa nisan begitu sahaja. Dengan harga barang yang melambung naik akibat pelbagai faktor, membeli beras, lauk pauk, sayur-sayuran dan susu anak jadi lebih penting. Orang di atas sana mana faham bahawa rakyat terpaksa berfikir banyak kali untuk membeli ikan kembung!! Mereka bukan ada pengalaman hidup begini. Secara intelektualnya mereka memahami ada orang hidup susah, tetapi secara 'hand on' mereka tidak pernah ada pengalaman. Jadi isu itu bukan isu besar bagi orang nun di atas.
Selepas RCI mengumumkan keputusan apa kesudahannya?? RCI isu kebakaran Pusat Tahfiz yang 20 tahun dulu pun entah apa ceritanya. Sekolah Tahfiz mungkin banyak tapi keputusan RCI Tahfiz yang dulu nampaknya langsung tidak ada kesan kepada pembinaan secara terancang pada masa kini. Tubuh saja RCI, habiskan duit, lepas tu simpan kat Arkib Negara...Sekian terima kasih.
RCI Forex ni boleh dikatakan macam periuk mengata cerek hitam. Tujuan ia dibuat supaya orang menukar anggapan bahawa zaman Tun M pun ada skandal besar duit hilang berbillion-billion. Bukan zaman sekarang sahaja seperti 1MDB yang dikatakan hilang berbillion-billion juga. Orang biasa yang tiada akses kepada maklumat bagi kedua-dua skandal ini melopong sajalah...Nak sokong mana satu?? Keliru jadinya...Tetapi kalau sokong dapat apa?? Orang yang menyokong UMNO dan Pihak Kerajaan sudah tentu menyokong bersebab. Orang yang menyokong parti pembangkang juga mempunyai sebab. Habis orang biasa macam kita nak buat apa? LU FIKIRLAH SENDIRI.....
kita nak buat apa?? LU FIKIRLAH SENDIRI......
Comments