YANG MANA SATU??
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 20, 2017
- 2 min read
Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?? Atau Gagasan Sejahtera?? Ketiga-tiga kumpulan ini menyasarkan untuk memerintah Malaysia selepas PRU14 yang menyandang mau pertahankan, yang sokong tengah membangkang nak merampas takhta. Masing-masing pasang strategi. Siang malam bekerja keras mempromosi hajat untuk menguasai Parlimen / Undangan Negeri...
Apabila kita menyertai mana-mana parti, kita kena tunduk dan akur kepada peraturan dan perlembagaan parti yang tertulis dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Kita juga kena ikut perintah Jawatankuasa Tertinggi Parti. Tak boleh kita nak ikut kepala kita sendiri. Walau macamana pandainya kita atau bernasnya idea kita, kalau pucuk pimpinan dan Jawatankuasa Tertinggi tidak bersetuju kita kena patuh. Kalau melawan mungkin lain pulak jadinya. Jika kita berbeza pendapat tentang sesuatu isu yang timbul, satu keputusan akan diambil yang mungkin tidak menyebelahi kita. Oleh sebab itulah saya memutuskan untuk tidak menyertai mana-mana parti. Kadangkala ada perkara yang kita setuju dan kadangkala langsung tidak bersetuju.
Sikap kebanyakkan orang kita ialah apabila kita bersetuju dengan sesuatu perkara dan secara kebetulan parti mereka bersetuju kita dianggap menyokong parti mereka. Menyokong isu dan menyokong parti adalah dua perkara berbeza. Demikian juga apabila kita tidak bersetuju mereka terus meletak label bukan dari kalangan penyokong parti mereka. Sudah menjadi kebiasaan majoriti ahli parti menerima dan menyokong apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Mereka menyokong mungkin kerana ada kepentingan atau sengaja menyokong sembrono sahaja. Ada masanya menyokong sesuatu parti itu seperti menyokong pasukan bolasepak pilihan kita. Semasa perlawanan bersorak sampai hilang suara tapi bila kalah mula tidak puas hati (sampai ada yang bertumbuk). Sesudah selesai pertandingan yang menang dijulang. Penyokong dapat apa?? Habis masa dan duit sahaja!!! Seronok mungkin....kepuasan?? Yang menang pasukan bola dapat gaji tinggi, bonus, tanah, rumah, teman wanita artis cantik dan sebagainya....
Begitu juga politik...Parti yang menang berkuasa penuh. Pemimpin dan calon menang dijulang dan mendapat banyak habuan. Orang-orang yang rapat dan bekerja dengan mereka juga mendapat tempias durian runtuh. Penyokong biasa dapat apa. Biasa orang sokong dapat dedak!! Dapat ke?? Banyak ke??
Comments