NEGERI PAHANG KERAJAAN MUNDUR?
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 22, 2017
- 2 min read
Negeri Pahang merupakan negeri paling besar di Semenanjung Malaysia. Kalau ikut jalan darat dan laut perjalanan dari Cameron Highlands ke Pulau Tioman memakan masa 2 hari. Akan tetapi di antara negeri paling mundur dalam Malaysia berasal dari Pahang. Jangan terkejut bahawa negeri Pahang hampir sama saiz dengan Negara Belanda...
Sebut saja hasil galian negeri Pahang semuanya ada, Emas, Tembaga, Aluminium, Silika, Kuarza, Timah dan kalau nak tulis semuanya disini bimbang tak cukup ruang...Pokok sahaja ada beratus ribu spesis, binatang berpuluh ribu, unggas berpuluh ribu dan serangga berjuta spesis. Yang terkenal hanya IKAN PATIN dan DURIAN. Kenapa jadi mundur walaupun hasil banyak?? Di mana silapnya?? Siapa yang buat salah?? Sudah tentu manusia yang mentadbir dari dulu, kini dan sampai tak tahu bila telah berbuat salah...Kita nak duduk diam sahaja ke?
Jelas nampak di mata bagaimana Pentadbir Pahang kurang bijak membuat sesuatu. Cuba tengok projek membekal air mentah Sg. Semantan di Kg. Lengkong Karak ke Selangor. Kenapa tak jual air bersih terproses, sudah tentu harga lebih tinggi. Bantuan bagi membina loji proses air di Selangor, kerajaan Persekutuan yang buatkan. Kenapa Pahang tidak minta loji di Pahang? Kalau ada loji di Pahang sudah tentu banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan, teknologi baru dapat dipelajari dan rantaian limpahan ekonomi akan membantu Karak dan Bentong khasnya dan Pahang amnya lebih maju dalam industri air. Kita tidak pernah belajar dari sejarah bagaimana Johor menjual air kepada Singapura!!
Isu Bauksit sekian lama berlarutan sehingga SPRM terpaksa menyita lombong haram yang masih beroperasi walaupun moroatorium terhadap lombong masih berkuatkuasa. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sama seperti menjual air mentah kepada Selangor, kita jual tanah bauksit ke Negara China secara belum proses. Nampak betul nak cari kaya senang cepat untung. Sepatutnya kawasan bauksit diwartakan dan disediakan kawasan perindustrian berasaskan bauksit iaitu Industri Aluminium. Aluminium dalam bentuk kepingan sangat mahal harganya. Importlah teknologi dan ajarlah orang di sini buat kepingan aluminium sendiri. Kita ambil jalan mudah jual benda mentah iaitu jual tanah dan air = Tanah Air..
Entah kenapa banyak kali stesyen TV dan surat khabar membawa aduan penduduk tentang kerosakan jalan, lori treler terlalu besar dan beroperasi siang malam mengangkut pasir Sg. Pahang ke Kuala Lumpur dan Selangor. Katanya untuk pembinaan bangunan di sana. Mungkin YA mungkin TIDAK. Pasir silika Sg. Pahang mengandungi silika untuk industri kaca dan kabel optik. Ada juga kuarza iaitu sejenis galian untuk membuat bahagian dalam jam tangan bermutu tinggi. Kenapa jual pasir begitu sahaja macam tanah dan air? Kenapa tak dikaji komponen pasir Sg. Pahang yang bermutu tinggi untuk dibangunkan satu industri baru?? Banyak elemen pasir yang boleh dimajukan oleh kita tapi kita seperti biasa mengambil mudah dan berfikir begitu menyebabkan Pahang susah maju..
Comments