top of page

SEKSA HIDUP BARANG NAIK!!

  • Isma Nazom Abdul Hamid
  • Sep 22, 2017
  • 2 min read

Jumlah pendapatan tidak meningkat, harga barang mencanak naik. Ramai orang kata tak kuasa nak memikirkannya. Inilah hakikatnya apabila ekonomi dunia tidak memberangsangkan, ringgit jatuh merundum, pengenalan GST dan urus tadbir yang tidak berintegriti tinggi. Adakah dengan menukar kerajaan masalah ini akan selesai sekelip mata macam David Blaine buat magik!! TIDAK!! Kerajaan semasa telah terbukti gagal menangani masalah kenaikan harga barang ini walau banyak langkah telah diambil. Kartel-kartel Perniagaan dan Taiko-taiko perniagaan nampaknya 12 langkah ke hadapan terhadap apa yang dibuat oleh kerajaan. Mereka lebih licik, cekap dan pintar memanipulasi keadaan. Undang-undang dan taraf fikiran pengguna. Akhirnya kita juga yang terkena. Jika mereka meneruskan sikap bermaharajalela ini, tukarlah 10 kali kerajaan sekali pun, barang tetap naik tanpa diiringi oleh kenaikan upah.


Orang yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga barang ialah golongan bawahan baik yang tinggal di bandar mau pun di kampung. Sebahagian besar duit mereka digunakan untuk membeli makanan, rumah, persekolahan dan perkara-perkara asas. Mereka tak pernah mimpi pun nak beli helikopter. Naik Haji pun tunggu 50 tahun lagi setelah menabung dengan jerih. Siapa nak membela golongan ini. Katakan pendapatan RM 2000 sebulan, bayar GST je dah dekat RM 120 darab RM 120 x 12 bulan = RM 1440. BRIM pun dapat RM 1200 setahun..Tak Cukup Tu Bro!!!


Orang kaya berniaga menggunakan syarikat SDN BHD atau BHD. Setiap belanja dimasukkan ke dalam perbelanjaan syarikat dan boleh ditolak cukai kerana dianggap belanja perniagaan. Makan diluar mintak resit, tuntut dari syarikat, beli kereta mewah di atas nama syarikat (semua perbelanjaan kereta seperti pemandu, minyak, penyelenggaraan dimasukkan sebagai kos). GST pun diserapkan ke dalam syarikat. Syarikat bukan tahu pandu kereta atau makan mewah atau beli perabot mahal sebaliknya. Pengarahlah yang menikmati semua itu. Tambahan pula cukai korporat diturunkan lagi. Maka orang kaya sebenarnya boleh mengelak membayar GST dengan mengalihkannya kepada syarikat. Yang kaya terus kaya manakala yang miskin jatuh terlepek, nak beli ikan masin pun duit tak cukup...Siapa yang untung siapa yang rugi?? Sebenarnya golongan kaya tidak terjejas dengan GST kerana boleh mengalihkannya kepada tanggungan syarikat. Tambahan pula mereka ada cukai input dan output yang boleh menyebabkan hanya pengguna akhir (iaitu kita rakyat marhaen) yang membayar GST...PADAN MUKA KITA!!!




 
 
 

Comments


bottom of page