top of page

TEMERLOH HILANG ARAH...

  • Isma Nazom Abdul Hamid
  • Sep 22, 2017
  • 1 min read

Bandar Temerloh Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung. Berkedudukan bandar kedua terbesar selepas bandar Kuantan. Daerah yang sangat strategi dari segi lokasi baik di Semenanjung Malaysia mau pun Negeri Pahang. Akan tetapi sejak Merdeka 1957 hingga sekarang, pembangunan agak perlahan. Entah ke mana silapnya weh.....


Jikalau rajin meluangkan masa menelaah sumber Temerloh sebenarnya sangat banyak. Bukan setakat PATIN TEMPOYOK. Terdapat beribu spesis hidupan di dalam dan pinggir Sg. Pahang dan Sg. Semantan. Berpuluh ribu spesis tumbuhan yang wujud sejak berjuta tahun dahulu. Cuba ambil 10 meter persegi kawasan semak atau kawasan hutan primer / sekunder, berpuluh spesis tumbuhan akan ditemukan. Belum kira kalau masuk ke Hutan Simpan lagi. Ambillah 10 spesis tumbuhan untuk dikaji, mungkin 100 tahun takkan habis kajian itu kot...Tumbuhan tersebut sengaja tumbuh begitu saja, tugas dan manafaatnya kepada manusia sangat besar dan kompleks. Tetapi kita ambil mudah sebab itu kita mundur!!!


Golongan Politik Pentadbir, Aristokrat, Birokrat tiada masa memikirkan benda-benda di atas. Mungkin sibuk dengan tugas lain. Bayangkan jika kita boleh tubuhkan sebuah Institut Flora dan Institut Fauna di Temerloh (baca Universiti Flora dan Fauna Temerloh). Bayangkan hasil yang boleh Temerloh perolehi. Bodoh sangatkah orang Temerloh ni sampai benda-benda yang dihadapan mata dibiarkan begitu sahaja tanpa diusahakan. Potensi produk Temerloh sebenarnya melimpah ruah tetapi kita selalu biarkan otak kita semua beku dari dulu, kini dan mungkin selamanya...Sedihnya koi......


Takkan kita hanya bergantung kepada Patin dan Titik Tengah sahaja untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun, 50 tahun atau 100 tahun. Kena ingat bahawa kita bukan mewariskan Temerloh kepada anak cucu kita, tetapi kitalah yang meminjam Temerloh dari mereka, sampai waktu kena pualng balik. Pulang kena dalam keadaan yang lebih baik bukan yang punah ranah....


 
 
 

Comments


bottom of page