AMBOI, AMBOI, AMBOI...BEBASNYA KITA..
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 26, 2017
- 1 min read
Kebebasan mutlak memang tidak wujud. Sebebas mananya kita akan tetap ada sekatan dan kekangan.
Kadang-kadang bebas ditafsir sebagai Merdeka. Mungkin juga dalam kebebasan ada peraturan, dalam peraturan ada kebebasan. Peraturan menjadi undang-undang. Undang-undang ada kebebasan, kebebasan ada undang-undang.
Semua orang nak jadi bebas. Buat apa sahaja di dalam dunia. Tetapi itu hanya khayalan. Ada sekatan dan had.
Adakah kita bebas berfikir? Orang Malaysia bebaskah berfikir? Menakluk setiap pelusuk pengetahuan. Adakah kita boleh berfikir tentang apa sahaja, atau ada tangan-tangan ghaib yang menghalang kita dari berfikir bebas. Bolehkah kita keluar dari kepompong biasa untuk berfikir dengan bebas. Ramai dari golongan kita merasa kita bebas berfikir. Jawapannya TIDAK. Cara kita berfikir sebenarnya telah mula dibentuk sejak lahir lagi oleh ibu bapa (penjaga), guru, ustaz, ulamak, umarak, televisyen, media sosial, surat khabar, buku-buku (termasuk majalah) dan insan sekeliling. Pengaruh semua inilah yang mempengaruhi pola pemikiran kita. Orang politik salah guna taktik supaya orang berfikir seperti yang mereka kehendaki. Apabila terpengaruh maka kita akan menyukai mereka. Ini penting untuk survival politik mereka. Pembentukan pemikiran bebas kurang dipraktikkan di Negara kita. Sebarang bentuk percubaan berfikir bebas akan dilawan secara langsung atau tidak langsung oleh elemen di sekeliling kita. Elemen dan unsur ini merupakan komponen penting yang menyebabkan ada garisan had untuk maju dan berfikiran bebas. Apakah elemen dan unsur itu? Untuk mendapat jawapannya kita kena berfikir bebas dan juga bebas berfikir. Jangan malas berfikir dan diucapkan SELAMAT BERFIKIR!!
Commenti