RUMAH MAMPU MILIK JADI RUMAH MAMPU TENGOK JER…
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Sep 29, 2017
- 2 min read
Terbelalak biji mata menengokkan harga rumah yang terus menggila naik bagai dilanda tsunami. Cuba kita bayangkan sebuah rumah berukuran 20 kaki x 60 kaki bersamaan 1200 kaki persegi berharga RM 280,000.00. Rumah teres setingkat pulak tu. Rumah teres ni sifatnya dindingku merupakan dindingmu jua. Batu simen pasir yang berharga 25sen sebiji tu dikongsi beli dengan jiran kiri kanan. Seorang kongsi batu bagi setiap biji. Batu kongsi tapi nak membelinya kena buat pinjaman bank. Sebahagian atap dan lantai juga dikongsi, longkang, pagar sempadan, taman permainan pun semua kongsi. Ini rumah yang dibuat di Bandar-bandar kecil, kalau di KL harganya mencecah 2 kali ganda.
Cuba kita buat rumah menggunakan tukang rumah dengan harga RM 280,000.00 tadi…WAH!! Dapat sebijik Banglo rasanya….Kenapa jadi begini? Siapakah yang bersalah? Naka du kat siapa? Ada ke Badan Kawal Selia harga rumah? Bagi sebuah rumah bahagian mana yang mahal sangat tu? Kalau gaji seciput RM 2000 hingga RM 3000 sebulan, ingat bank nak luluskan ke pinjaman rumah semahal itu?
Renung-renungkanlah…..Bahagian rumah yang paling mahal yang kita beli dengan pinjaman bank itu (termasuk faedah) ialah keuntungan syarikat pemaju. Mereka sangat licik memainkan harga sehingga naik 100%. Ada kalangan mereka membeli rumah tersebut dengan menggunakan nama pekerja mereka dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi. Orang-orang kita tidak mempunyai pilihan kecuali membeli dari pemaju. Apabila permintaan semakin tinggi harga semakin tinggi dan pemaju terus ambil kesempatan dari hal ini. Siapa harus dipersalahkan? Kalau menunggu perumahan kerajaan, cubalah daftar lepas tu tunggu la….. Berjuta pemohon di seluruh Negara. Masih bernyawakah kita bila permohonan kita diluluskan.
Siapakah yang akan memantau harga rumah yang tak kenal erti turun ini. Mana tindakan mereka yang berkuasa di dalam hal ini? Kebanyakkan rakyat berpendapatan rendah tidak melebihi RM 3000 sebulan. Di mana nak korek duit?? Takkan nak duduk dengan mak ayah lagi setelah mempunyai anak…. Atau nak buat pondok di dalah hutan? Cubalah pergi mengadu kepada Menteri, EXCO, YB dan sebagainya. Boleh ke selesai masalah ini??
Rumah merupakan keperluan asas bagi setiap keluarga yang akan membentuk masyarakat dan Negara akhirnya. Pentadbir Negara / negeri yang bijak sepatutnya membuat perancangan bijak bagi jangka masa panjang supaya rumah betul-betul mampu dimiliki bukan harga mampu ditengok….Fikir-fikirkanlah walaupun nasi telah menjadi bubur. Bubur tetap boleh dimakan sungguhpun umphhnya dah merosot..
Comments