MONOPOLI PERNIAGAAN
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Oct 3, 2017
- 2 min read
Perkara monopoli perniagaan di Malaysia telah lama berlaku sejak Merdeka lagi. Ada yang dimonopoli oleh kerajaan da nada monopoli pihak swasta. Monopoli sistem bekalan elektrik (kita terpaksa membeli tenaga dari mereka dan jika ada syarikat pengeluar lain pun mesti menjual kepada mereka dan mereka menjualnya semula), bekalan air, sistem pembetongan nampaknya jelas dan jarang dipertikaikan oleh kita semua. Ada baik ada buruknya sistem ini. Jika betul digunakan ia akan memberi banyak manafaat kepada ramai orang. Jika disalah guna ia akan mengcengkam kehidupan manusia di Malaysia. Ia juga boleh menjadi ubat penawar dan racun kepada kita. Ia juga boleh menjadi senjata politik bagi kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. Sistem monopoli keperluan asas ini memang dibuat dan dirancang supaya ianya jadi sebegitu. Anehnya syarikat telekomunikasi tidak pula wujud monopoli perniagaan.
Setelah stesyen televisyen satelit (nama tak nak tulis nanti susah nak bersoal jawab) memonopoli sebahagian besar siaran di Malaysia. Harganya agak mahal (orang kaya takde masalah) dibayar bulanan tetapi terdapat pelbagai iklan semasa siarannya. TV kita bayar untuk siaran, bukan untuk tengok iklan. Banyak lagi tempat lain nak tengok iklan. Jika ditengok jumlah aduan ke agensi terbabit memang banyak, tetapi syarikat tersebut nampaknya kebal dari tindakan. Perkara iklan kita kena bayar ini terus berlarutan sebegitu lama. Nampaknya hak kita sebagai pengguna telah dicabar tanpa diambil sebarang tindakan.
Ada juga system pembayaran elektronik terutamanya untuk urusan tol, parkir, pembelian barangan yang memonopoli perniagaan tersebut (sekali lagi tak nak sentuh nama nanti dapat surat ‘see you in court’). Untuk dapat kad itu kena bayar RM5 ke RM10 sekeping. Bayangkan ada 20 juta orang penduduk dewasa Malaysia yang terpaksa beli kad ini. Ironinya syarikat itu je yang buat servis itu. Nak tak nak kena belilah. Kemudian kena topup. Kita belum lalu lagi kat tol tetapi duit topup kita dah bayar kepada mereka. Oleh kerana sistem tol elektronik tanpa kunci telah terlaksana di seluruh lebuhraya, kita tiada pilihan kecuali membayar terlebih dahulu. Bayangkan jumlah wang yang mereka kutip dan boleh ‘rolling’ dulu sedangkan kita belum pun membuat transaksi. Kita jadilah si Luncai terjun dengan labunya….biarkan….biarkan…..biarkan……
Ada satu lagi syarikat yang untung atas angin hasil monopoli ini. Ia mengendalikan urusan di antara bank sesame bank bagi mengeluarkan wang dari mana-mana bank walaupun kita tiada akaun di bank tersebut. Kalau tulis nama nanti letih nak bersilat dan bertapis. Cajnya RM1.06 termasuk GST. Bayangkan sejumlah sejuta transaksi berlaku setiap hari kerana bukan semua bank ada cawangan di semua Bandar / tempat. Kita tiada pilihan, akur ajelah. Kalau nak cari bank yang ada akaun akan mengambil masa dan tambang / duit minyak lagi. Apa nak kisah dengan RM1 (singgit) je!! Oleh kerana sikap tidak kisah ini dan tiada saingan syarikat lain, mereka terus kaya raya dan kita melopong sahaja sambil tonton televisyen berbayar penuh iklan guna elektrik monopoli sambil minum air syarikat monopoli (negeri) dan simpan duit dalam kad elektronik tapi duit itu tidak boleh dikeluarkan secara tunai kecuali urusan elektronik…MAJULAH MONOPOLI!!!!
Comments