top of page

APA YANG ORANG MUDA TEMERLOH NAK?

  • Isma Nazom Abdul Hamid
  • Oct 5, 2017
  • 2 min read

Orang muda merangkumi separuh daripada orang Temerloh. Orang muda zaman sekarang majoritinya terpelajar, bijak menilai, tidak fanatic kepada kumpulan / golongan tertentu, mendapat maklumat yang banyak, terdedah kepada gaya hidup semasa, berfikiran global dan mau bergerak bebas di Negara ini.


Temerloh merupakan Bandar kedua terbesar selepas Kuantan di dalam negeri Pahang. Akan tetapi ramai golongan muda yang bijak pandai tidak berpeluang mencurah bakti kepada Temerloh. Ada juga yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Yang ada kepakaran tertentu juga ramai berasal dari Temerloh. Tetapi ramai mereka keluar bekerja di Bandar-bandar besar seperti KL, JB dan Pulau Pinang. Mengapa ini terjadi?? Ya, kita telah gagal menyediakan tempat dan peluang untuk mereka bekerja di sini. Mereka tiada pilihan lalu mencari rezeki di tempat lain.


Yang masih setia tinggal di Temerloh ini ada banyak alas an tersendiri. Mereka sebagai orang berdarah muda, progresif dan banyak idea sudah tentu mahu menyumbang kemajuan kepada tanah tumpah darah mereka. Mereka juga perlukan banyak perkara di Temerloh. Mereka memerlukan sara hidup yang selesa seperti rumah, kenderaan, keselamatan, pendidikan generasi baru, suasana hidup yang tenang dan damai serta segala keinginan manusia biasa. Mereka mahukan barangan yang stabil harganya, inflasi yang rendah, jaminan kewangan masa tua, hubungan mesra di antara kaum / agama. Mereka bukan tidak mahu bercampur urusan politik kerana merasakan politik bukan sebahagian daripada kepentingan mereka. Bukalah isu politik sebesar mana pun, ia kurang menarik perhatian mereka. Mereka sedar bahawa orang politiklah yang menentukan cukai mereka, mentadbir Negara / negeri, berapa kos sara hidup mereka, kawalan terhadap inflasi, serta banyak isu. Akan tetapi bagaimana mereka mau mengurakan hasrat orang-orang muda ini kepada golongan atasan. Suara mereka tidak cukup kuat untuk sampai nun di atas sana. Ingat!! Orang muda bukan hanya setakan hendak tempat bersukan dan beriadah sahaja. Mereka juga ada kehendak, pendapat, persepsi, niat untuk disampaikan kepada pemegang tanah pentadbiran. Mereka perlukan wakil yang vokal dah lantang untuk mewakili suara mereka. Mereka bukan mahukan wakil yang pentingkan kedudukan sendiri. Mereka mahukan wakil yang boleh bekerja untuk mereka. Mereka mahu wakil yang mampu menyelami hati nurani orang-orang muda. Mereka mahu wakil yang ikhlas memperjuangkan nasib mereka. Mereka kekurangan tempat mengadu. Siapakah yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas untuk bekerja bagi orang-orang muda yang akan mengambil alih Temerloh suatu masa nanti? Kita sama-sama tunggu kemunculannya!!!


#sila share tanda sokongan…

 
 
 

コメント


bottom of page