MASJID BAHARU TEMERLOH KURANG LENGKAP
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Oct 6, 2017
- 1 min read
Masjid baharu Temerloh akhirnya menjadi kenyataan. Eloklah tu. Masjid ni penting bagi orang-orang Islam. Sangat-sangat penting. Orang yang tidak kuat beragama pun akan ke masjid sekurang-kurangnya setahun seakli pada Hari Raya.
Rumah siap pahat berbunyi. Cuba tengok gambar yang ada. Warna masjid hampir sama dengan warna warna bangunan kedai di sebelah tu. Masjid sebagai institusi penting serta ada warna tersendiri. Tak kiralah hijau atau biru (sensitive), merah jambu, ungu atau apa sekali pun. Asalkan jangan sama dengan warna bangunan kedai. Terlepas pandang nampaknya kita! Nak tukar cat memang mahal tapi itulah trade mark unggul kita.
Apa ke heynya masjid besar kurang tandas? Pergilah sendiri ke masjid tu (dapat beriktikaf) lepas tu kira jumlah tandas. Sikit amat. Bila waktu solat yang ramai orang, puas menahan hajat sambil beratur. Tolonglah tambah jumlah tandas.
Entah siapa bagi silap rupanya masjid kita tak cukup tempat parkir kenderaan. Masalah parkir makin kronik apabila solat Jumaat, Hari Raya atau ada majlis keramaian. Parkir di luar sampai berderet kenderaan di tepi jalan. Kena berjalan tengah panas atau hujan. Memanglah dapat ganjaran kalau berjalan kaki ke masjid, tapi kalau kita buat kemudahan untuk orang ramai pun dapat ganjaran juga. Mereka yang terlibat dengan pentadbiran masjid kena ambil tindakan tentang hal ini. Mungkin ruang tidak mencukupi atau bajet dah ke laut, tetapi jalan penyelesaiannya memang ada. Temerloh ramai bijak pandai ajak mereka beri pendapat (dan juga pendapatan).
Orang melayu Islam majoritinya bila sebut masjid mereka akan sensitif. Masjid baharu daerah pulak tu. Mereka akan selia bantu dari segi idea mau pun kewangan! Percayalah jika kita membuka pintu masjid seluas-luasnya untuk pandangan atau pendapat, ramai yang akan tampil…INSHA ALLAH.
Kommentare