BERAPA JUMLAH WANG TUNAI DI MALAYSIA
- Isma Nazom Abdul Hamid
- Oct 7, 2017
- 1 min read
Jarang benar terjumpa orang bertanya soalan begini. Berapa jumlah wang tunai di dalam edaran seluruh Malaysia? Ya duit tunai, kalau tak faham lagi ‘cash money’. Tunai ini termasuklah yang dalam poket kita semua dan di dalam semua bank, pusat kewangan, ceti haram, ceti halal, ceti makruh atau mana-mana ceruk rantau di segenap pelusuk Malaysia ini.
Duit RM100 berapa keping? RM50 berapa keping? RM20 berapa keping? RM10 berapa keping? RM5 berapa keping? RM1 berapa keping? Syiling 50sen berapa? 20sen berapa? 10sen berapa? 5sen berapa? Dan duit-duit cetakan khas berapa keping.
Kena rujuk ‘hansard’ Dewan Rakyat kot mana-mana ada Ahli Parlimen pernah bertanya kepada Menteri Kewangan. Nak senang Tanya En. Google ada ke ‘hansard’ dia? Apa ke bendanya ‘handsard’ ni? Transkrip setiap ucapan atau soalan atau jawapan yang dicatitkan semasa persidangan. Alamak dah jadi kelas mengajar tentang parlimen la pulak.
Agihannya macamana? Sekian billion pada siapa? Ratus juta dimana? Puluh juta siapa yang punya? Adakah AHMAD ALBAB yang punya??
Setiap ringgit yang dikeluarkan berapa kali dia bertukar tangan dalam sehari, sebulan, setahun?
Di mana duit kertas dicetak? Di mana duit poly karbonat dibuat? Di mana duit syiling ditempah?
Berapa jumlah duit yang rosak dan diganti semula dalam setahun?
Berapa jumlah cetakan tambahan setiap tahun dan siapa yang menentukan tentang jumlah cetakan tersebut.
Adakah tunai kita terkurang atau terlebih?
ai d
Berapa peratus duit dicetak tidak dapat dikesan kerana di bawa keluar dari Malaysia secara haram?
Kenapa kita kepoh-kepoh nak Tanya semua soalan ini? Sebab kita rakyat Malaysia. Sekian terima kasih.
Kalau nak tahu jumlah tun
i Malaysia boleh PM saya walaupun saya bukan ‘PM’!
コメント