KITA DAH MATI
- Oct 10, 2017
- 1 min read
1. Semua orang akan mati. Tak kira takut atau berani. Ramai orang nak masuk syurga tetapi tidak ramai nak mati. Nak masuk syurga syarat utamanya ialah mesti mati dulu. Orang yang dah mati tidak akan hidup semula di dunia. Kalau ada orang yang mati hidup semula sudah tentu kita akan lari tak cukup tanah macam cerita hantu melayu yang selalu difilemkan.
2. Banyak juga peribahasa melayu menggunakan perkataan ‘mati’ seperti mati akal, mati kutu, mati kancil, hati mati, mati hidup semula, berani mati, berjuang mati-matian, mati pucuk dan kalau nak taau lebihnya lagi pergi mintak kat En. Google. Mati diambil dari perkataan maut akar kata bahasa Arab. Kegerunan terhadap mati memang tidak dapat dielakkan.
3. Sedarkah bahawa ramai di antara kita yang telah mati tetapi belum dikuburkan. Kita hidup tetapi telah mati. Mati macam mana agaknya. Mati cara berfikir cara baru.
4. Apakah cara berfikir yang baru? Ianya cara yang tidak mengikut tradisi lama. Berfikir di luar kotak. Tinggalkan zon selesa berfikir. Ajar anak berfikir benda baharu. Didik otak ilmu baharu. Cari lebih ramai kenalan baru. Baca buku bidang baharu. Carian di internet benda-benda baharu. Sel-sel otak akan berhubung cara baharu. Ketahuilah bahawa sel-sel badan manusia sentiasa mati dan dihanti dengan yang baharu dan proses ini berjalan sepanjang hidup kita sebelum kita betul-betul mati…

Comments