top of page

PARKIR DI TEMERLOH TAK CUKUP

  • Isma Nazom Abdul Hamid
  • Oct 14, 2017
  • 1 min read

1. Minyak dah habis setengah tangki, parkir kosong belum ditemui. Inilah senario pada hari bekerja jika anda memandu kenderaan di Bandar Temerloh terutamanya di kawasan Jalan Ahmad Shah satu tempat terletaknya banyak bank dan kedai. Tiket parking dah beli tapi tak dapat nak gores. Parkir belum lagi duit dah bayar. Kalau yang ada meter, parking dulu baru bayar.

2. Kalau parking di tempat salah kira-kira memang sudah tiada ruang parkir yang kosong, alamatnya dapat surat cinta dari Abang Motor Besar warna putih atau surat denda dari si Baju Biru.

3. Itu cerita hari bekerja biasa. Kalau musim perayaan ‘jammed’ mengalahkan Bandar besar.

4. Jika tidak ada penambahan ruang parkir dalam tahun-tahun yang mendatang masalah ini akan menjadi kronik. Peningkatan jumlah kenderaan akan berterusan sepanjang masa. Kesesakan jalanraya ini perlu diambil tindakan segera.

5. Apabila sesuatu bangunan baharu diluluskan sepatutnya jumlah parkir untuk beberapa tahun ke hadapan diambil kira oleh pihak yang berwajib. Kegagalan tersebut membuatkan kita terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan sekarang.

6. Takkan takde jalan penyelesaiannya. Ada dua cara penyelesaiannya iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek ialah meminta bank-bank yang menjadi tumpuan berpindah ke tempat yang banyak ruang parkir kosong terutama bangunan-bangunan baharu di jalan menghala ke Pasar Besar Temerloh. Bukan senang nak suruh bank pindah begitu sahaja kerana perlukan kelulusan BNM, tetapi jika kita tidak mula bertindak sekarang, keadaan akan menjadi lebih teruk.

7. Kaedah jangka panjang ialah dengan mengadakan Bandar-bandar baru terutamanya di jalan pintasan (by pass) Temerloh – Mentakab berdekatan bangunan Balai Polis dan Bomba baharu. Stadium pun patuh berpindah ke situ.

8. Siapakah yang sudi mendengar dan memulakan tindakan?.....

 
 
 

Comments


bottom of page